Thursday, April 28, 2016

5 SEBAB KENAPA PERLU MEDICAL CARD PERIBADI WALAUPUN MEMPUNYAI MEDICAL CARD SYARIKAT

Rata-rata pekerja di sektor swasta sekarang diberikan kemudahan medical card yang merangkumi manfaat klinikal dan sedikit manfaat rawatan di hospital.
Memang bagus dan saya berpendapat semua syarikat swasta sepatutnya memberikan manfaat ini kepada pekerja mereka. Namun begitu, pekerja di sektor swasta tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada medical card ini berdasarkan tiga sebab yang saya nyatakan di bawah:

1. Tiada Perlindungan Selepas Persaraan

Rata-rata yang bergantung sepenuhnya kepada medical card daripada syarikat mereka bekerja barangkali lupa bahawa suatu hari nanti mereka akan bersara ataupun meninggalkan syarikat tersebut untuk bekerja di syarikat lain yang mungkin tidak menawarkan manfaat perubatan.
Dalam kedua-dua situasi ini, satu perkara yang pasti apabila mereka ingin memiliki medical card sendiri pada waktu itu ialah plan medical card yang komprehensif dengan coverage yang terbaik akan menjadi mahal dan kadangkala berada di luar kemampuan sendiri.
Pada masa ini, anda mungkin mahukan perlindungan yang menyeluruh kerana apa-apa penyakit sahaja bakal datang tetapi sanggupkah anda membayar sekiranya plan tersebut berharga RM500 sebulan?
Bukankah lebih baik anda mula dari sekarang dengan kos serendah RM150 sebulan?

2. Perlindungan Medical Card Terhad

Tahukah anda bahawa setiap kali pekerja masuk hospital, kos premium insurans syarikat akan meningkat pada tahun tersebut?
Untuk kes kecil, ya, syarikat tempat anda bekerja mungkin tidak kisah untuk menelan belanja kos perubatan anda. Ini normal berdasarkan konsep give and take, anda bekerja ikut cakap bos, bos cover medical cost.
Tapi kelebihan macam ni biasanya mempunyai had tersendiri. Kalau anda pemilik syarikat, sanggupkah anda mengeluarkan kos untuk pembayaran insurans yang semakin meningkat setiap tahun kerana salah seorang pekerja anda sering keluar masuk hospital?
Itulah sebabnya sekarang ada sesetengah syarikat yang sanggup memberikan cash benefit setiap bulan kepada pekerja mereka sebagai insentif untuk pekerja mengambil medical card sendiri untuk anak-anak mereka.
Ini adalah untuk mengelakkan kos insurans yang terlalu besar yang ditanggung oleh syarikat sekiranya syarikat memberikan manfaat perubatan kepada tanggungan pekerja mereka.

3. Tiada Perlindungan Selepas Sakit Kritikal

Bagaimana kalau anda menghidap penyakit kritikal dan tidak lagi mampu bekerja? Adakah perlindungan perubatan daripada syarikat anda akan diteruskan?
Sekiranya anda disahkan menghidap penyakit kritikal atau mengalami kecacatan kekal yang menyebabkan anda hilang upaya untuk bekerja, peserta Prudential BSN Takaful yang lain akan menanggung kos bulanan plan takaful anda sehingga umur 70 tahun.
Plan anda akan menjadi percuma, termasuklah berpuluh ribu ringgit nilai simpanan yang datang dengan plan anda, dan tidak dilupakan coverage perubatan yang tidak akan dihentikan sekiranya anda menghidap penyakit kritikal.

4. Plan Takaful Medical Card Yang Murah

Anda kena faham bahawa syarikat tempat anda bekerja sentiasa berorientasikan keuntungan sebab kalau mereka tak mengamalkan sikap ini, anda mungkin tak dapat gaji bulan depan.
Oleh itu adalah normal untuk mereka memberikan manfaat perubatan pada kadar yang paling murah atau dalam erti kata lain sekadar melepaskan batuk di tangga. Biasanya manfaat ini hanyalah tarikan untuk anda bekerja secara tetap di situ sampai pencen atau sampai mereka tidak memerlukan anda lagi.
Anda mungkin dapat menggunakan fasiliti di hospital swasta dengan medical card company, tapi kalau nak kemudahan yang lebih (bilik besar, extra bed untuk ahli keluarga) kena bayar sendiri.
Walhal, kalau anda ambil plan medical card sendiri, ia tidaklah semahal yang anda sangkakan.

5. Hati-hati, Ada Syarikat Tak Bayar Caruman

Jarang kita dengar tapi berlaku. Memang ada syarikat yang sengaja culas membayar sumbangan bulanan untuk medical card pekerja sehingga menyebabkan polisi mereka lapsed dan tidak boleh digunakan lagi.
Kita tak boleh bergantung sepenuhnya pada benda yang free. Kena ada inisiatif sendiri untuk menyediakan yang terbaik untuk diri kita.
*****
Langkah seterusnya? Tetapkan bajet yang selesa untuk anda dan dapatkan
quotation percuma medical card sekarang!

No comments:

Post a Comment