Thursday, April 28, 2016

Education Plan – Keperluan atau Kemewahan?

registered-education-savings-plan
Pendidikan merupakan satu aspek yang penting untuk anak-anak. Pendidikan juga merupakan penyumbang kos terbesar dalam perbelanjaan sesebuah keluarga.
Education plan daripada Takaful Prudential memberikan perlindungan kepada dana pendidikan anak-anak. Sekiranya berlaku sesuatu yang buruk kepada pemberi nafkah dalam keluarga seperti meninggal dunia, menghidap penyakit kritikal atau mengalami kecacatan kekal, dana pendidikan anak-anak akan tetap terkumpul sehingga sekirang-kurangnya RM20,000 selepas 20 tahun sekiranya plan diambil semasa anak masih dalam kandungan lagi. Perlindungan seperti ini hanya memerlukan belanja sebanyak RM100 sebulan.
Namun begitu, adakah plan seperti ini merupakan satu keperluan atau hanyalah kemewahan semata-mata? Untuk pengetahuan, kos tahunan education plan boleh digunakan untuk mendapatkan rebet cukai pendapatan sehingga RM3,000 setahun. Pada golongan pembayar cukai, kos education plan RM100 sebulan adalah kos yang kecil.
Bagaimana pula untuk mereka yang gaji cukup makan sahaja?
Dalam financial planning, sentiasa beratkan kepada perlindungan kos perubatan dahulu sebelum mengambil plan perlindungan yang lain. Ini adalah kerana kos perubatan adalah kos mandatori, ada duit atau tidak, kalau datang bil hospital, tetap kena bayar. Semua orang akan sakit suatu hari nanti, yang kita tak tahu cuma bila perkara ni akan berlaku je.
Berita baik kepada ibu bapa yang membuat perancangan awal untuk mendapatkan education plan, mereka boleh mendapatkan manfaat yang sama bersama-sama medical card pada harga paling minimum iaitu RM100 sebulan. Dengan RM100 sebulan ini, ibu bapa dapat menyediakan jaminan RM20,000 untuk dana pendidikan anak sekiranya apa-apa berlaku kepada mereka. Pada masa yang sama, mereka boleh membelanjakan sehingga RM500,000 untuk kos perubatan anak sekiranya diperlukan nanti.
Walaupun RM20,000 itu adalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan kos sara hidup yang sentiasa meningkat sekarang, sekurang-kurangnya dana wang tunai wujud untuk kegunaan anak semasa di peringkat pendidikan tinggi nanti.

Tak Boleh ke Simpan Sendiri?

529-plan1
Boleh. Memang takde masalah simpan sendiri.
Bayangkan macam ni. Bapa simpan amaun yang sama, RM100/bulan sehingga anak berumur 20 tahun. Jumlah selepas 20 tahun adalah lebih daripada RM24,000 bergantung kepada bagaimana / di mana dana tersebut disimpan/dilaburkan.
Kemudian salah satu situasi ini berlaku:
Situasi 1. Anak kemalangan. Jatuh basikal, tangan patah. Terus dapatkan rawatan kecemasan di hospital swasta sebab hospital tu paling dekat. Hospital caj RM5000 untuk rawatan. Mana duit tersebut ditarik kalau tak dari simpanan sendiri untuk dana pendidikan anak tadi?
Situasi 2. Suami simpan duit. Ditakdirkan suatu hari suami ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tinggallah si isteri menjaga anak seorang diri. Rasa-rasanya mampu lagi tak si isteri ni tadi sediakan dana RM100 sebulan untuk pendidikan anak? Kalau anak seorang, munkin. Kalau dua tiga orang?
Dengan adanya education plan, impak pada situasi 2 berkurangan. Plan RM100/bulan anak tadi tidak lagi perlu dibayar oleh isteri dan akan ditanggung sepenuhnya oleh Takaful sehingga anak berumur 25 tahun.
Dan sekiranya education plan diambil awal dan manfaat medical card boleh dimasukkan sekali dalam RM100 sebulan tu, risiko situasi 1 dan 2 dapat dielakkan secara total.

Jadi adakah education plan ini satu kemewahan?

1. Sekiranya anda mempunyai RM20,000 tunai sekarang yang tidak akan diusik untuk pendidikan anak, ya, ia adalah satu kemewahan. Anda menyediakan sesuatu yang tidak diperlukan sangat.
2. Sekiranya anda mempunyai RM500,000 tunai untuk membiayai kos perubatan anak, ia bukan kemewahan tetapi merupakan kesilapan kewangan kerana anda menggunakan wang sendiri untuk kos perubatan.
Buat apa bayar kos perubatan yang mahal kalau anda hanya perlu keluarkan secubit sahaja daripada kekayaan anda untuk menjadikan Takaful sebagai pembayar kepada semua kos tersebut?
3. Beli tudung Fareeda adalah satu kemewahan.

Lot Of Love
Izzah Johan

2 comments:

  1. creativity of writer is purely impressive. It has touched to the level of expertise with his writing. Everything is up to the mark. Written perfectly and I can use such information for my coming assignment.igcse

    ReplyDelete